Program Walkabout Muafakat Parlimen Padang Terap

Salam 1Malaysia Dan Salam Muafakat Kedah.
Tugasan hari ini membuat lawatan kerja sehari ke Daerah Parlimen Padang Terap, Lokasi pertama saya di Pekan Naka, bersarapan bersama serta berbual santai dengan masyarakat Naka di Dataran Pekan Naka. Pendekatan begini menjadi amalan saya kerana dapat mendengar sendiri kisah mereka dan pada masa yang sama mendapat maklumbalas masalah di tempat berkenaan.

Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Y.Bhg Dato’ Seri Ghazali Ibrahim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap serta YB Kama Noriah Ibrahim, ADUN Pedu dan YB Dato’ Haji Badrul Hisham Hashim, ADUN Kuala Nerang.


Selepas bersarapan saya mengambil kesempatan melawat PDM Naka dan turut menyampaikan taklimat dan penerangan ringkas.

 

Melawat Pekan Ahad yang juga dikenali sebagai Pekan Nat yang cukup sinonim dengan masyarakat Naka, Kuala Nerang didalam kawasan Parlimen Padang Terap pagi tadi.
Berkesempatan bertemu dengan peniaga dan pengunjung serta melihat pelbagai jenis barangan yang dijual. Kewujudan pekan Nat ini mampu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat dikawasan Parlimen Padang Terap.

Melakukan lawatan ke Pusat Pembenihan Cendawan Volvarella yang terletak di Padang Nyior, Kuala Nerang. Didalam lawatan tersebut, saya berkesempatan menyampaikan Geran Tanah kepada 22 orang penerima dan bantuan kerusi roda kepada 6 orang penerima.

 

 

Saya turut meluangkan masa menghadiri majlis Jamuan Rakyat dan bersama Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Bukit Nambua,Kuala Nerang. Alhamdulillah, berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Bukit Nambua.

 

#WalkaboutPadangTerap
#MuafakatKedah

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *