Majlis Resepsi Meraikan WalimatulUrus Perdana 2017

Majlis Resepsi Meraikan WalimatulUrus Perdana buat 50 pasangan pengantin baru di perkarangan Masjid Zahir yang turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa Y.Bhg Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri  bersama Y.Bhg Datin Seri DiRaja Hizam Awang Ahmad.

Image result for Lima puluh pasangan pengantin baharu diraikan pada Majlis Resepsi Walimatulurus Perdana peringkat negeri ini yang diadakan di Masjid Zahir, di sini hari ini.

Related image

Program WalimatulUrus Perdana ini merupakan kesinambungan inisiatif Program BARAKAH Anak Muda bertempat di perkarangan Masjid Zahir, Alor Setar. Seramai 50 pasangan pengantin diraikan termasuk dari kalangan bangsa india dan 5 pasangan siam.

Ia dijayakan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di antara Kerajaan Negeri, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara, Institut Wasatiyyah Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Program BARAKAH Anak Muda menyediakan kursus praperkahwinan percuma yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

#MuafakatKedah
#BarakahAnakMuda
#WalimatulUrusPerdana

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *