Sambutan Maal Hijrah 2017/1439H Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

Salam Maal Hijrah 2017/1439H

Majlis Sambutan Maal Hijrah 2017/1439H Peringkat Negeri Kedah Darul Aman berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.
KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama DYMM Sultanah Kedah,Tengku Maliha Tengku Ariff perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 2017/1439H. Turut hadir YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah bersama isteri YBhg Datin Seri DiRaja Hizam Awang Ahmad.

SUK Kedah, YBhg Dato’ Bakar Din dan Exco – Exco Kerajaan Negeri Kedah juga hadir ke majlis tersebut. KYDMM Tuanku Sultan Kedah turut perkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada penerima-penerima untuk tahun 2017.

#SalamMaalHijrah1439H
#MuafakatKedah

MAAL HIJRAH 2017/1439H

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *