Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah – Alfatihah

Alfatihah dan Salam Takziah buat mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pagi tadi.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Al-Fatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah anak-anak ini, rahmatilah anak-anak ini, maafkanlah anak-anak ini, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Aaminn…

Kejadian yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pagi tadi mengingatkan saya mengenai tragedi sama yang menimpa 27 pelajar Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada tahun 1989.

Kejadian pagi tadi amat memilukan hati saya dan saya berharap agar ahli keluarga yang terlibat dengan kejadian supaya terus tabah dengan dugaan yang menimpa ini.

Allah S.W.T jualah yang maha mengetahui apa yang dikehendakinya, bersama samalah kita memanjatkan doa agar roh pelajar pelajar yang terbabit ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
Takziah dari saya kepada semua keluarga yang terlibat.

Al- Fatihah

Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah,
Menteri Besar Kedah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *