Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah.

Rakyat di negeri ini perlu ketepikan perbezaan politik untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda menghargai kemerdekaan yang dikecapi negara.

Perasaan cintakan negara tidak boleh terbatas dengan pemikiran politik sempit yang menafikan pengorbanan pemimpin dan anggota keselamatan terdahulu.

Kepemimpinan dahulu bertungkus lumus untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Saya minta rakyat Kedah ketepikan soal politik dan ambil contoh seperti rakyat Indonesia dan Thailand. Mereka sangat bersemangat menyambut sebarang perayaan dengan memasang bendera di setiap premis dan kenderaan tanpa perlu diminta oleh pemimpin.

Orang Malaysia hanya bersemangat pasang bendera parti politik sahaja sehingga sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit.. ada yang sanggup panjat tempat tinggi untuk pasang bendera parti tetapi apabila diminta kibarkan Jalur Gemilang, mereka kurang bersemangat.

Majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Kedah di perkarangan Menara Alor Setar malam tadi dihadiri dari pelbagai masyarakat sekitar Alor Setar.

Menyeru setiap pemimpin dan wakil rakyat memainkan peranan menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengadakan pertandingan memasang Jalur Gemilang di kawasan masing-masing.

Setiap pegawai kerajaan juga perlu memastikan bangunan mereka dikibarkan Jalur Gemilang termasuk di setiap masjid dan rumah ibadat.

Saya juga akan meminta premis perniagaan dan kilang di negeri ini turut mengibarkan bendera. Tidak kiralah sama ada ini kilang tempatan ataupun antarabangsa.

#MerdekaKe60
#Negaraku
#SehatiSejiwa
#MuafakatKedah

Leave a comment