Pembinaan Litar Lumba Rakyat Direalisasikan

Salam 1Malaysia & Salam Muafakat Kedah.
Hari ini mengadakan Lawatan Kerja Ke Tapak Projek Pembinaan Kompleks Sukan Bermotor Dan Bangunan – Bangunan Sokongan Di Daerah Kuala Muda, Sungai Petani. Litar lumba yang merupakan manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah pada pilihan raya umum lalu akan dimulakan pembinaannya di Bandar Amanjaya, dekat sini pada pertengahan September nanti.

Merealisasikan manifesto Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah untuk membina litar lumba Kedah yang ditunggu-tunggu golongan muda di negeri ini setelah tertangguh beberapa tahun.

Bila pembinaan Litar Lumba Rakyat sudah siap sepenuhnya, ianya akan berjaya mengurangkan aktiviti rempit di negeri ini, kerana aktiviti rempit sebelum ini bukan sahaja membahayakan keselamatan anak-anak muda terbabit, namun turut mengancam nyawa orang ramai.

InsyaAllah pembinaannya akan dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad (BDB) di atas tanah berkeluasan 40 hektar milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) di sini.

Litar sepanjang 1.8 kilometer yang menelan kos RM30 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan itu, mempunyai sembilan selekoh dan bertaraf antarabangsa. Bukan saja motosikal, malah perlumbaan kereta juga boleh diadakan di litar ini.

Alhamdulillah, semua pengurusan telah selesai, kelulusan pembangunan dari Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) pun dah diluluskan. “Kita jangka dalam bulan September ini, pertengahan bulan depan projek ini adakan bermula, bina infrastuktur dan sebagainya.Insya Allah majlis pecah tanah akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak nanti.

Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) akan memuktamadkan perjanjian dengan kontraktor yang juga anak syarikat kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad (BDB) dalam tempoh masa terdekat.

#MuafakatKedah

#LitarLumbaRakyat

Leave a comment