Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Seri Mentaloon 2017

Salam 1Malaysia & Salam Muafakat Kedah.

Salam Aidilfitri ,
Disini saya dan seluruh ahli keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “ribuan terima kasih” kepada semua tetamu yang telah sudi menghadiri serta memeriahkan “Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 MB Kedah” di Seri Mentaloon.

Terima kasih juga kepada wakil dari kesemua jentera 15 UMNO Bahagian Negeri Kedah, wakil dari MCA Kedah serta MIC Kedah yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai juadah yang enak buat para pengunjung yang hadir.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada pihak petugas PDRM Trafik, para petugas RELA dan juga para petugas kebersihan yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran majlis ini. Hanya Allah Swt sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan anda semua…

Maaf Zahir Dan Batin

“TERIMA KASIH”…

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri buat kali kedua berlangsung di kediaman Seri Mentaloon. Kehadiran tetamu dalam 50 ribu lebih, bermula dari jam 11 pagi hingga berakhir majlis dalam jam 4 petang. Para tetamu tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra. Pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum hadir di majlis rumah terbuka aidilfitri yang meriah.

Juadah pelbagai menu dan citarasa yang enak disajikan buat para tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon. Para Tetamu menikmati hidangan di khemah2 yang disediakan bersebelahan dengan kediaman Menteri Besar.

#SambutanAidilfitri2017
#MuafakatKedah

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.